Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Seperti yang kita ketahui Allah SWT telah menciptakan manusia berpasang-pasangan dan setelah itu akan melahirkan keturunan yang taat dan mengabdikan diri kepada Allah azza wa jalla. Secara amnya hukum pernikahan adalah sunat namun begitu terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan hukum pernikahan menjadi wajib, makruh dan bahkan haram. Jadi mari kita lihat sebab-sebab yang menjadikan hukum perkahwinan berubah.
1. Hukum Pernikahan Menjadi Wajib
Perkahwinan menjadi wajib apabila seseorang itu mampu dari segi fizikal, mental dan juga kewangan dan berkemungkinan besar tidak dapat menahan diri daripada melakukan maksiat yang menjurus ke arah zina yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Tapi perlu diingat jika seseorang itu mampu mengawal nafsu maka menunaikan Haji wajib didahulukan terlebih dahulu kerana beliau adalah seorang yang mampu dari pelbagai aspek.
2. Hukum Pernikahan Menjadi Sunat
Menjadi sunat apabila seseorang itu telah cukup umur dan baligh serta mampu mengawal nafsu. Namun demikian, walaupun seseorang itu mampu mengawal nafsu namun tidaklah elok jika seseorang itu berkeinginan untuk tidak berkahwin buat selamanya, kerana Islam mengalakkan perkahwinan dan nabi Muhammad SAW suka melihat umatnya yang ramai.
3. Hukum Pernikahan Menjadi Harus
Hukum harus adalah kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.
4. Hukum Pernikahan Menjadi Makruh
Hukum menjadi makruh apabila seseorang itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan juga kurang berkemampuan dari segi fizikal dan mental tetapi mereka ini tidak lah memberi mudarat kepada isteri jika mereka berkahwin.
5. Hukum Pernikahan Menjadi Haram
Perkahwinan menjadi haram apabila seseorang itu tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin malah bahkan berkemungkinan akan menganiayai isteri mereka sendiri jika perkahwinan berlaku.
Rukun nikah :
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Wali
Dua orang saksi lelaki
Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami:
Islam
Baligh
Berakal
Lelaki yang tertentu
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
Selain itu, bakal suami hendaklah:
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri :
Pengantin perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain
Islam
Perempuan yang tertentu
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan seorang khunsa
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak dalam idah
Bukan isteri orang
Syarat wali:
Islam, bukan kafir dan murtad
Lelaki dan bukannya perempuan
Baligh
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak fasik
Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali:
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.
Syarat saksi :
Sekurang-kurangya dua orang
Islam
Berakal
Baligh
Lelaki
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Dapat mendengar, melihat dan bercakap
Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Merdeka
Syarat ijab :
Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (nikah kontrak e.g.perkahwinan (ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:
Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami: "Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabul :
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (seperti nikah kontrak)
Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul :
Akan dilafazkan oleh bakal suami: "Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengiktirafan/ kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah SAH? Sekiranya para saksi mengakui/ mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas dan menyebut sah, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/ bayaran perkawinan/ mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/ mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian (walimatul urus) yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
0 Ulasan