Pantun Melayu Malaysia Majlis Resepsi Perkahwinan



Sudah menjadi adat kita masyarakat Melayu yang kaya dengan budaya.


Salah satu budaya yang sinonim dengan majlis perkahwinan adalah budaya berpantun.


Kebanyakkan majlis sudah tidak diserikan dengan pantun-pantun ini, tapi jika mampu berpantun, serikanlah majlis dengan Pantun agar bertambah seri majlis perkahwinan anda nanti.


Di sini admin kongsikan koleksi Pantun Majlis Perkahwinan yang admin kumpulkan dari pelbagai sumber:



1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita, Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba.

2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari, Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja sehari.

3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan, Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan

4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari, Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari

5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat

6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada yang satu, Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana sama bersatu

7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi, Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira penuh di hati

8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan penuh beradab, Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan beradab.

9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan, Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan

10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri, Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri

11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga pucuknya mati, Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati

12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana bermain rodat, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna segala adat

13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras, Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar dibalas

14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis kami.

15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi, Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.

16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali, Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.

17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih, Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih

18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati, Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam hati

19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini batangnya rebah, Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan Allah.

20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan tembakul, Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah terkabul.

21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi, Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah seri

22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku, Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu

23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak kaki, Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.

24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu, Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu


Sumber : Google

Catat Ulasan

0 Ulasan

RAKAMAN VIDEO

PROMOSI EMCEE KAHWIN